SELAMAT DATANG KE SHAHRIN Bin RAMLI PAGE .: Motto Syarikat :. ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ” .: Visi Syarikat :. HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan. HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini. HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya. Dan Dia (Allah) menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Maka berubatlah, akan tetapi jangan kamu berubat dengan benda yang haram" (H.R. Abu Daud)

Open Al-Quran

Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA)

Kelab Pemimpin Utara

HPA GROUP OF COMPANIES

Thursday, April 14, 2011

Mengapa Perlu Berbekam(Al-Hijamah) ???

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. 

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.





Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

0 << kata anda:

Post a Comment

SAHABAT DARI FACEBOOK

 
Copyright 2010 SHAHRIN @ HPA. Powered by abunapau create by Warung Chat Community. by Mayori Domino