SELAMAT DATANG KE SHAHRIN Bin RAMLI PAGE .: Motto Syarikat :. ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ” .: Visi Syarikat :. HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan. HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini. HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya. Dan Dia (Allah) menjadikan tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Maka berubatlah, akan tetapi jangan kamu berubat dengan benda yang haram" (H.R. Abu Daud)

Open Al-Quran

Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA)

Kelab Pemimpin Utara

HPA GROUP OF COMPANIES

Thursday, April 14, 2011

JAM TAWAF


KENANGAN DI KONVEKS.....



Mengapa Perlu Berbekam(Al-Hijamah) ???

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. 

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.





Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Diagnos Tapak Tangan


"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Fussilat, 41 : 53)
Kesenian mengenal penyakit melalui saraf tapak tangan bukanlah ilmu baru di dalam dunia perubatan kerana ia telah diamalkan sejak sekian lama terutama oleh pengamal perubatan alternatif seperti perawat Perubatan Jawi (HPA). Ingin ditekankan di sini, kaedah ini bukan menilik/meramal apakah penyakit yang bakal dihidap oleh pesakit sebaliknya ia merupakan teknik yang begitu berkesan untuk mengetahui kelemahan organ dan sistem badan manusia tanpa menggunakan sebarang peralatan tambahan, cukup sekadar melihat tanda-tanda yang jelas kelihatan di tapak tangan.
انظر اليها فإن فى أعين الأنصار شيئا
Keterangan hadis : Rasulullah SAW membenarkan kaum lelaki melihat tapak tangan dan muka calon isteri untuk mengetahui kesuburan (kesihatan).
- tanda-tanda penyakit boleh dikesan pada peringkat awal dan kronik dengan melihat kepada perubahan bentuk jari serta warna tapak tangan.
- contoh : jari kelingking yang membengkok menandakan ada gangguan pada saraf tulang belakang dan masalah kesuburan.

SAHABAT DARI FACEBOOK

 
Copyright 2010 SHAHRIN @ HPA. Powered by abunapau create by Warung Chat Community. by Mayori Domino